ASSALAMUALAIKUM Pictures, Images and Photos

Sabtu, 07 November 2009

Gelisah yang mendera

Pada suatu malam Nabi SAW tidak dapat melelapkan matanya. Baginda memalingkan mukanya ke sana dan ke mari, dan mengantuk tak dirasakannya. Menyedari keadaan tersebut, isteri baginda bertanya, “Mengapa engkau tidak dapat tidur, wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab, “Ada sebiji kurma, terletak di suatu tempat, tadi. Kerana takut ianya terbuang begitu sahaja, aku telah memakannya. Sekarang aku berasa kesal kerana buah itu mungkin telah ke mari untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin.”

Buah yang dimakan baginda mungkin kepunyaan dirinya sendiri. Tetapi kerana para dermawan selalu menghantar sedekah ke rumah baginda untuk diagih-agihkan, perbuatan memakan kurma itu tadi telah menimbulkan keraguan di dalam hatinya.

Demikianlah ketelitian Nabi SAW mengenai setiap perkara yang dilakukannya-hatta yang sekecil buah kurma itupun dihitung-hitungnya. Ambillah pengajaran : Kita seharusnya juga menilai setiap tindak-tanduk kita, agar kita takkan berasa kesal di kemudian hari. Dan berkhidmatlah kepada Allah dengan senang hati. InsyaAllah dunia kita akan lebih berseri.

Jadi didalam kehidupan ini kita harus jujur walau pun itu pahit rasanya tapi Allah pasti akan membalas yang setimpal dan kita juga harus selalu bersyukur kepada Allah karena dengan selalu bersyukur kepada-Nya kita akan selalu mendapatkan keberkahan dari-Nya.Amin.....

adapted :http://inspirasi.iluvislam.com/category/inspirasi/


0 komentar:

Posting Komentar